Buku ini diterbitkan bagi menerangkan konsep, falsafah yang mengaitkan perihal kehidupan manusia sejak dilahirkan. Teromba ini sangat rapat kaitannya dengan konsep Islam kerana teromba ini diibaratkan sepohon pokok yang subur dan rendang mengandungi urat, batang, dahan, ranting, daun dan ditambah dengan pucuknya dan pucuk inilah yang dikatakan syarak yang mendokong konsep Islam. Pucuk ini akan sentiasa berkembang dan tumbuh lagi sepanjang masa maka seperti itu juga teromba akan terus kukuh jika terus dijagai dan kekal berada dengan masyarakat kita.