Troli Anda

Tentang Kami

Pusat Kebudayaan USIM — Menjana Ilmu, Memartabat Budaya

Siapa Kami?

Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam memupuk, memelihara dan mengembangkan kebudayaan Islam di kalangan warga kampus dan masyarakat luar. Kami berperanan sebagai jambatan antara ilmu akademik dan warisan budaya yang kaya.

Misi & Visi

Visi: Menjadi pusat kebudayaan Islam terunggul di Malaysia yang mengintegrasikan ilmu, seni dan budaya.


Misi: Memperkasa kebudayaan Islam menerusi program ilmiah, seni persembahan, dan penerbitan yang bermutu tinggi untuk manfaat ummah.

Penerbitan & Produk Kami

Melalui KedaiBudaya, kami menawarkan:

  • Buku Ilmiah: Karya-karya akademik dan penulisan ilmiah berkaitan Islam, budaya, dan sains sosial.
  • Album Qasidah: Koleksi muzik nasyid dan qasidah berkualiti tinggi yang menghidupkan seni muzik Islam.
  • Cenderamata Eksklusif: Produk istimewa beridentiti USIM untuk kenangan dan hadiah.

Cara Pembelian

KedaiBudaya beroperasi sepenuhnya dalam talian. Setiap pembelian akan diproses melalui WhatsApp untuk kemudahan pengesahan dan pembayaran. Kami menyediakan dua pilihan penghantaran:

  • Penghantaran Pos: Kos pos dikira secara automatik berdasarkan lokasi dan zon penghantaran.
  • Ambil Sendiri: Pelanggan boleh mengambil terus di Pusat Kebudayaan USIM, Nilai.